Tuesday, 24 January 2012

Sup Pucuk Ubi (Resepi dr Mak)

 Time kecik2 dulu suka suruh mak masak neh. Resepi Tradisi orang Sarawak


Bahan-bahan:

1 ikat pucuk ubi( amk daun dan tumbuk lumat)
1 serai di titik
2 ulas bawang merah(ditumbuk)
2 ulas bawang putih(ditumbuk)
1 paket cendawan tiram (ceraikan kecik-kecik)
3 sudu santan pekat
1 inci halia(di pecahkan)
3 cili padi - ditumbuk sekali dgn bawang (kalau suka pedas tambahlah lagi)
1/2 ayam (dipotong kecik)
3 cawan air
Garam dan serbuk perasa aji

Cara-cara:
1. Tumiskan bawang2 dan cili yg telah di tumbuk. Masukkan halia dan serai. kacau sampai naik bau.
2. Masukkan ayam gaul sehingga ayam separuh masak. kemudian masukkan air.
3. Setelah mendidih masukkan pucuk ubi dan  cendawan tiramkacau rata kemudian masukkan santan pekat.Masukkukan garam dan serbuk perasa dan kacau lagi. Biarkan seketika sehingga mendidih baru padam api.


Monday, 23 January 2012

Ketam Masak sos Tiram


(pastikan sepit ketam di ketuk sikit(bg retak) dulu yer supaya air rebusan ketam masuk ke dalam.)
Ketam Masak Sos Tiram
Bahan-bahan:

5 ekor ketam nipah@ketam paya(yg telah dibersihkan)
5 atau 6 helai daun bawang (potong 1 inci)
2 inci halia (dihiris)
3 biji bawang merah (dihiris)
2 biji bawang putih (dihiris)
1 biji bawang kuning(saiz sederhana) (dihiris besar)
2 sudu sis tiram
beberapa biji lada hitam yg d tumbuk kasar
1 serai yg di titik
1 biji telur
1 cawan air
1 sudu tepung jagung(di bancuh dgn 3 sudu besar air)
garam dan serbuk perasa

Cara-cara:
1. Tumiskan bahan yg telah dihiris kecuali bawang besar sehingga naik bau.Masukkan serai.kacau lagi.
2.Masukkan ketam yg telah dibersihkan td.kacau sebati.
3.Masukkan lada hitam yg telah ditumbuk kasar,masukkan sos tiram kemudian kacau lagi.
4. Pecahkan telur sebiji dan biarkan telur tu sekejap baru lah gaul semua supaya telur tersebut kena pada ketam,masukkan hirisan besar bawang kuning dan gaul lagi.masukkan 1 cawan air, tunggu hingga mendidih.
5 Masukkan garam dan serbuk perasa kemudian kacau. masukkan bancuhan tepung jagung td kacau sehingga kuah tersebut pekat sendiri.Gaulkan sedikit daun bawang ke dalam masakan td.
6. Setelah siap..boleh hiasakan dgn lebihan daun bawang td di atas ketamyg dah masak td.

Hidangkan dgn nasi yg masih panas...Sedap sehingga menjilat jariii...!!!!

Cornflakes Madu




Cornflakes Madu

Bahan-bahan:

1 kotak besar cornflakes
1 cawan madu brand Honey Bee
1 cawan gula halus
200 gram butter
Perhiasan : coklat rice, clouring rice,badam cincang.

Cara-cara:

-Panaskan kuali, masukkan butter kacau sehingga cair
-Masukkan gula kemudian kacau lagi sehingga gula tersebut larut.
-Masukkan madu dan kacau sehingga kesemuanyer sebati dan berbuih.
-Setelah buih naik,masukkan cornflakes dan kacau dgn berhati2.
-Pastikan semua cornflakes tersebut terkena bancuhan madu td.
-Letak ke dlm 1 bekas ketepikan supaya sejuk.

Setelah sejuk masukan beberapa keping ikut kuantiti kesukaan anda ke dalam mangkuk kertas kecil. taburkan dgn coklat rice@badam cincang, coloring rice etc keatas cornflakes tersebut.

Bakar selama 2 atau 3 minit 100 darjah celcius untuk memastikan cornflakes bercantum dan mengekalkan kerangupan.

Spaghetti Mushroom Tomato







Spaggetti Mushroom

Bahan-bahan:
2 biji besar bawang kuning-sebiji pun x pe tp saya suka banyak (potong dadu)^__^ 
1 paket daging@ayam cincang (saye beli brand Ramli)
3 biji buah tomato segar (dikisar)
1 tin tomato puree(yg separuh besar punye)
1 Sudu Serbuk Secukup Rasa
1 Sudu tepung jagung(bancuh dgn 3 sudu air)
1 bungkus Spaggetti (Brand San Remo. jgn salah beli yg halus pulak yer)
 -Rebus dgn sedikit campuran minyak masak. Lepas masak toskan kemudian campurkan dgn minyak jagung@butter@zaitun.

Cara-cara:
1.Panaskan periuk kemudian tumis sedikit bawang yg telah di potong dadu hingga naik bau.
2. Masukkan Daging@ayam dan kacau sebati.
3. Setelah agak masak, masukkan tomato yang telah dikisar tadi.kacau lagi.
4. Masukkan 1 tin tomato puree dan masukkan selebih bawang yg di potong dadu td.kacau lagi.
5.Campurkan sedikit air ke dalam tin td,kemudian tuang ke periuk td.masukkan sedikit serbuk perasa dan garam,sesudu "secukup rasa".Masukan lagi bancuhan tepung jagung td.biarkan ia pekat sendiri.
6. Setelah masak bolehkah sendukan letak di atas Spaghetti yang telah di rebus tadi.

Selamat menjamu selera...



Kek Sarang Semut@Gula Hangus



ni la rupanya..dah tinggal separuh baru amek gambar hehe ^__^

Kek Sarang Semut@Gula Hangus

 Bahan A        
        
Buat terlebih dahulu gula hangus-        
        
2 cawan gula pasir (kalau tak suka manis boleh letak 1 1/2 cawan)        
2 cawan air mendidih        
3 sudu besar mentega        
        
cara:        
        
-masukkan gula dlm kuali atau periuk        
buka api sederhana kecil...        
sentiasa kacau2 gula sampai larut        
sampai warna jadi keemasan (seperti madu)        
-pastikan di kacau selalu untuk mengelakkan gula tersebut menjadi hitam(pahit)        
-masukkan air panas dlm gula td pelahan-lahan        
pastu gula td akan jd cam berketul2 skit bila masuk air...        
kacau lagi sehingga gula tu cair balik.        
bila dh cair semua, masukkan mentega..biarkan larut...        
tutup api dan sejukkan        
        
Bahan B:        
        
7 biji telur saiz A        
2 cawan tepung gandum        
3/4  tin susu pekat manis        
2 sudu teh soda bikarbonat        
1 sudu teh baking powder         
1 sudu teh esen vanila        
        
cara:        
        
Pukul telur sampai betul2 kembang (berbuih-buih)        
(Boleh guna kaedah blend atau guna mixer pun boleh)        
pastu masukkan susu pekat        
Kacau lagi sampai sebati        
masukkan esen vanila        
pastu ayak tpg gandum + soda + baking powder        
masukkan sikit2 dlm adunan..teruskan mengacau        
akhir sekali, masuk la gula hangus yg dh sejuk td…kacau lagi        
Griskan loyang dgn mengguna sedikit mentega atau menggunakan kertas kuih.        
Panaskan oven selama 10 minit terlebih dahulu,sementara bancuhan didalam loyang td di biarkan ketepi dahulu(peram 10 minit)        
Bakar selama 1 jam 15 minit guna api bawah n suhu cam biasa la..antara 160-180 darjah celcius        
Setelah siap, sejukkan terlebih dahulu..bila dah sejuk boleh lah di hidangankan.          

Tuesday, 17 January 2012

Cheese Cake yummyyy






Cheese Cake
         
Utk base :         
1 1/4 cawan biskut oreo yg dihancurkan         
1/3 cawan mentega         
Utk isi :         
2 bar (500 gm) Philadelphia cream cheese         
1/2 cawan gula kastor         
2 biji telur         
1/2 sudu kecil esen vanila         
2 sudu jus lemon         
sedikit oreo yang di cincang         
Cara-cara         
         
1. Utk base :         
2. Gaul semua bahan utk base & mampatkan dlm loyang yg disapu mentega.         
3. Utk isi :         
         
4. Pukul cream cheese & gula hingga sebati.         
5. Masukkan telur sebiji sebiji.         
6. Akhir masukkan esen vanila dan jus lemon.Pukul hingga sebati.Campurkan sedikit oreo yg di cincang         
7. Tuang adunan ke dlm loyang berisi biskut oreo td.         
8. Bakar dlm oven 180 darjah celcius selama 40 minit.Api atas bawah.Lepas bakar biarkan sejuk terlebih dahulu.         
9. Kemudian masuk ke peti sejuk (angaran 1 - 2jam). Bila dah sejuk, hiaslah atas cake,          
Boleh hias letak blueberry atau hias dgn hirisan buah peach,kiwi dan sebagainya.

My Sweet Chocolatez Homemade

Christmas Choklatz









Coklat Homemade

Bahan-bahan:

1 kilo Milk coklat compaund ( saya beli brand beryls)
500 gram White Coklat compaund (brand beryls)
beberapa pewarna yang disukai(jenis Oil Base)
filling : kacang badam,kismis,buble rice dan badam yang dicincang.

1. Cincangkan coklat milk terlebih dahulu. setelah cincang,letakkan kedalam mangkuk tahan panas kerana ini menggunakan kaedah double boil.

2. Panaskan periuk yang berisi air,setelah panas letakkan mangkuk yg berisi coklat td di atas periuk yg sedang mendidih td.pastikan mangkuk tersebut lebih besar sedikit dari periuk yang ada air mendidih td(pastikan tiada 1 titik air yg boleh masuk ke mangkuk yg ada coklat td kerana coklat compaund terlalu sensitif bila terkena air).

3. Kacau coklat td sehingga betul2 cair. Kemudian masukkan kedlm piping bag.

4. White coklat juga menggunakan kaedah yang sama. setelah white coklat sudah cair boleh lah asingkan beberapa mangkuk kecil untuk colouring.masukkan ke dlm piping bag juga.

Sediakan Mold@acuan bentuk yg anda suka.

- paipkan separuh milk coklat ke dlm mold,masukkan fiiling kesukaan anda kemudian paipkan milk coklat untuk menutup filling tersebut. ketukan pelahan2 untuk mengeluarkan angin didalam coklat td.

- masukkan ke dalam peti sejuk selama 10 minit(jgn terlalu lama)

-setelah coklat mengeras, hentakan dgn pelahan-lahan di atas meja atau lantai(saya alaskan kain baru hentakan) supaya coklat senang keluar dari acuan.

-hiaskan dgn coklat putih yg telah di colourkan td dan biarkan ketepi, jgn masukkan lagi ke peti sejuk kerana coklat yg dah mengeras td tu masih sejuk jadi bila dihiaskan dgn coklat putih td akan terus mengeras sendiri di atas milk coklat tersebut. boleh hias mengikut kreativi anda sndiri ^__^