Christmas Choklatz
Coklat Homemade
Bahan-bahan:
1 kilo Milk coklat compaund ( saya beli brand beryls)
500 gram White Coklat compaund (brand beryls)
beberapa pewarna yang disukai(jenis Oil Base)
filling : kacang badam,kismis,buble rice dan badam yang dicincang.
1. Cincangkan coklat milk terlebih dahulu. setelah cincang,letakkan kedalam mangkuk tahan panas kerana ini menggunakan kaedah double boil.
2. Panaskan periuk yang berisi air,setelah panas letakkan mangkuk yg berisi coklat td di atas periuk yg sedang mendidih td.pastikan mangkuk tersebut lebih besar sedikit dari periuk yang ada air mendidih td(pastikan tiada 1 titik air yg boleh masuk ke mangkuk yg ada coklat td kerana coklat compaund terlalu sensitif bila terkena air).
3. Kacau coklat td sehingga betul2 cair. Kemudian masukkan kedlm piping bag.
4. White coklat juga menggunakan kaedah yang sama. setelah white coklat sudah cair boleh lah asingkan beberapa mangkuk kecil untuk colouring.masukkan ke dlm piping bag juga.
Sediakan Mold@acuan bentuk yg anda suka.
- paipkan separuh milk coklat ke dlm mold,masukkan fiiling kesukaan anda kemudian paipkan milk coklat untuk menutup filling tersebut. ketukan pelahan2 untuk mengeluarkan angin didalam coklat td.
- masukkan ke dalam peti sejuk selama 10 minit(jgn terlalu lama)
-setelah coklat mengeras, hentakan dgn pelahan-lahan di atas meja atau lantai(saya alaskan kain baru hentakan) supaya coklat senang keluar dari acuan.
-hiaskan dgn coklat putih yg telah di colourkan td dan biarkan ketepi, jgn masukkan lagi ke peti sejuk kerana coklat yg dah mengeras td tu masih sejuk jadi bila dihiaskan dgn coklat putih td akan terus mengeras sendiri di atas milk coklat tersebut. boleh hias mengikut kreativi anda sndiri ^__^
No comments:
Post a Comment